Seorang lagi suspek seludup sisik tenggiling ditahan SPRM

Seorang lagi suspek seludup sisik tenggiling ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket menyeludup, melupuskan sisik tenggiling serta terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram dan dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Penahanan suspek berusia dalam lingkungan awal 40-an itu dipercayai ditahan di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 6 petang, dua hari lalu.

Susulan penahanan tersebut, Majistret Nor Syakirah Che hashim membenarkan suspek direman selama empat hari bermula 19 hingga 22 Julai ini setelah SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, SPRM menahan reman empat individu di mana tiga daripada mereka ditahan reman selama empat hari dan seorang lagi dua hari hasil serbuan yang dijalankan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM menerusi Op Jaguar di sebuah premis di Klang, Selangor dan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Pelucuthakan Harta (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin mengesahkan penahanan lelaki tersebut.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN