PUTRAJAYA: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diingatkan politik bukan bahan lawak atau gurauan sebaliknya perlu tahu membezakan antara fakta dan auta. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri tidak akan melayan kempen politik seperti itu. “Politik ini bukan bahan lawak, bukan bahan untuk bergurau, fakta adalah fakta. Saya tidak perlu berbahas dengan individu yang tidak bijaksana dalam mentafsir antara fakta dan auta.…










