SEREMBAN: Bekas guru kepada salah seorang mangsa kes amang seksual melibatkan Pencetus Ummah (PU) Azman memberitahu mahkamah tertuduh pernah melakukan seks oral terhadap mangsa sehingga mengeluarkan air mani. Wanita berusia 46 tahun yang merupakan saksi ketujuh perbicaraan itu berkata demikian di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Datin Surita Budian selepas diceritakan sendiri oleh mangsa yang merupakan bekas muridnya berusia 18 tahun “Seingat saya apa yang mangsa cerita pada saya, PU Azman…










