PRN: Ras Adiba sedia jadi calon - Utusan Malaysia

PRN: Ras Adiba sedia jadi calon

RAS Adiba Mohd. Radzi menunjukkan watikah keahlian Bersatu yang diterimanya daripada Muhyiddin pada Majlis Pelancaran Jentera PRN PN Negeri Sembilan, di Seremban, Ahad lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bekas Senator yang juga aktivis orang kurang upaya (OKU), Datuk Ras Adiba Mohd. Radzi bersedia menjadi calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan sekiranya beliau diberikan mandat oleh kepemimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Ras Adiba berkata, keputusan itu bergantung kepada Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun beliau tetap akan memberi sokongan sepenuhnya.

Beliau yang berasal dari Seri Menanti, Kuala Pilah juga menyifatkan kepulangannya ke Negeri Sembilan bagai sirih pulang ke gangang bagi memperjuangkan kebajikan rakyat terutama OKU dan warga emas.

“Saya tidak tahulah (menjadi calon atau tidak) saya datang bersama-sama (Bersatu) untuk menolong.

“Saya bersedia tetapi tidak kisah dicalonkan ataupun tidak, saya tetap akan memberikan sokongan kepada sahabat-sahabat dalam Bersatu dan PN. Saya akan turun berkempen nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Jentera PRN PN Negeri Sembilan di sini malam semalam.

Terdahulu, pada majlis itu Ras Adiba menerima Watikah Keahlian Bersatu yang disampaikan oleh Muhyiddin.

Turut menerima watikah ialah bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz. 

Ras Adiba turut mengakui sebelum ini adalah ahli UMMO, namun memutuskan untuk menyertai Bersatu selepas melihat keadaan politik negara tidak seperti yang diharapkan oleh rakyat. 

“Terus-terang seperti orang lain, kita semua, saya bersama dengan UMNO (Puteri UMNO) sebagai ahli tetapi setelah mengamati senario politik negara saya dapati ia tidak begitu apa yang kita harapkan.

“Rakyat sedang menderita, kita sudah susah beberapa bulan ini, saya berharap dan berdoa agar Bersatu di bawah kepemimpinan Tan Sri Muhyiddin dan pasukan akan mengembalikan cahaya semula kepada negara kita,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya