PRN: Polis Kelantan terima dua laporan khianat kain rentang, bendera parti

PRN: Polis Kelantan terima dua laporan khianat kain rentang, bendera parti

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah menerima dua laporan bersabit perbuatan mengkhianat kain rentang dan bendera parti menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Ketua Polis negeri Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, laporan itu melibatkan daerah Tumpat dan Kuala Krai sepanjang tempoh 15 Julai hingga semalam.

Menurutnya, pada masa sama Polis Kelantan turut mengesan empat lagi kejadian sama berlaku di daerah ini.

“Siasatan secara terperinci akan dilaksanakan berdasarkan laporan Polis yang telah dibuat. Kita tidak akan teragak-agak untuk menangkap mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan ini.

“Bukan sahaja pelaku tetapi juga pendorong, perancang atau yang berada disebalik tabir. Semua yang berkaitan akan menerima padah dan polis akan pastikan siasatan dilakukan sehingga ke akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, perbuatan khianat itu merujuk kepada tindakan mencabut serta menjatuhkan bendera parti serta merosakkan kain rentang.

Katanya, Polis Kelantan memandang serius berkenaan perkara ini dah sudah mengerakkan hampir kesemua ‘pasukan cantas’ serta pasukan lain di bawah Ketua Polis Daerah dalam usaha mengesan dan menangkap mana mana pihak yang dipercayai terlibat sama ada secara langsung atau sebaliknya.

“Semua ketua-ketua parti, presiden pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pengerusi mana-mana pertubuhan khususnya di Kelantan supaya sentiasa menjaga, mengawasi ahli serta pengikut masing-masing supaya tidak merosakkan keharmonian dan keamanan serta merencatkan proses pilihanraya pada kali ini.

“Pelaksanaan proses berkempen hendaklah dilakukan secara sihat, harmoni dan mematuhi peraturan, undang-undang serta garis panduan yang telah ditetapkan,” ujarnya.

Muhamad Zaki berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dan kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya