Pertembungan dua rakan baik di DUN Chennah - Utusan Malaysia

Pertembungan dua rakan baik di DUN Chennah

ANTHONY Loke Siew Fook dan Rosmadi bergambar bersama selepas kedua-duanya diumumkan sebagai calon bertanding bagi kerusi DUN Chennah di Pusat Penamaan Calon DUN Chennah di SJKC Yuk Hua Kuala Klawang, Jelebu hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Pertembungan yang berlaku antara penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke Siew Fook dan lawannya dari Perikatan Nasional (PN) iaitu Rosmadi Arif, 52, tidak sedikit pun menjejaskan hubungan baik antara dua individu berkenaan sebelum ini.

Siew Fook yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, dia memang mengetahui latar belakang Rosmadi yang merupakan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Chennah selain ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sejak tahun 2018.

Beliau juga memberitahu, Rosmadi berulang kali memaklumkan kesetiaan terhadap Ketua Bersatu Jelebu yang juga tokoh veteran politik, Tan Sri Dr .Rais Yatim.

“Saya lihat ini sebagai friendly match di antara dua kawan. Sudah tentu kempen saya secara positif, saya tidak akan membuat apa-apa pun kenyataan menyerang calon lawan saya. Saya hanya akan berkempen di atas track record perkhidmatan saya di kawasan ini.

“Saya yakin pengundi-pengundi DUN Chennah akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (PH). Politik ini mesti ada semangat yang positif, sama-sama raikan demokrasi. 

“Walaupun beliau (Rosmadi) berlatar belakangkan parti Bersatu, itu pilihan dan pendirian politik beliau, saya hormati,” katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon di bagi DUN Chennah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yuk Hua, Kuala Klawang, di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Siew Fook menang di kerusi DUN Chennah dengan majoriti 1,155 undi dan menewaskan dua pencabar lain.

Sementara itu, Rosmadi mengakui pemimpin DAP itu seorang individu yang baik serta bijak membezakan parti adalah parti dan pentadbiran adalah pentadbiran sepanjang perkenalan mereka bagi kawasan DUN Chennah.

“Saya dan beliau memang selalu berhubung bagi kepentingan masyarakat kampung. Bagaimanapun bila saya diamanahkan oleh parti untuk menjadi calon, saya dengan rakan-rakan akan memastikan kemenangan berpihak kepada PN,” katanya lagi.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya