Hospital Melaka diarah siasat tangan bayi bengkak bernanah

Pengarah Hospital Melaka diarah siasat kes bayi tangan bengkak bernanah

GAMBAR tular menunjukkan tangan bayi berusia dua bulan yang didakwa bengkak selepas mendapatkan rawatan demam campak di Hospital Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengarah Hospital Melaka telah diarah melakukan siasatan segera berhubung kenyataan dibuat seorang lelaki dalam media sosial yang mendakwa bahawa anak saudaranya berusia kurang dua bulan mengalami tangan bengkak sehingga bernanah, selepas mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata, dakwaan dibuat pemilik akaun Facebook dengan nama Mohamad Izwan itu yang mengatakan insiden berkenaan berpunca daripada kelalaian Hospital Melaka akan disiasat sewajarnya.

NGWE HEE SEM

 

“Saya ada membaca media sosial bahawa Encik Mohamad Izwan akan mendakwa Hospital Melaka. Saya sebagai Exco Kesihatan telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka membuat siasatan tentang perkara ini,” katanya ringkas kepada pemberita di sini, hari ini.

Sejak semalam, tular dalam media sosial kisah seorang bayi yang dikatakan perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan nanah daripada tangannya yang bengkak.

Mohamad Izwan mendakwa, anak saudaranya dimasukkan ke Hospital Melaka kerana demam campak, namun selepas 11 hari menerima rawatan tangannya mengalami bengkak yang disifatkan sebagai kritikal sehingga bernanah.

Bagaimanapun, carian Utusan Malaysia pagi ini di platform Facebook terhadap nama pemilik akaun terlibat gagal menemukan akaun berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN