Penganggur didakwa buat hantaran jelik terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor - Utusan Malaysia

Penganggur didakwa buat hantaran jelik terhadap Sultan, Keluarga Diraja Johor

REYMI ABDUL RAHMAN dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, dua tahun lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas dua pertuduhan membuat kenyataan jelik menghina Sultan Johor dan Keluarga Diraja Johor, dua tahun lalu.

Tertuduh, Reymi Abdul Rahim, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, V.M. Mabel Sheela.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh menerusi akaun Twitter miliknya telah membuat komunikasi jelik terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Keluarga Diraja Johor dengan niat menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu telah dibaca seorang pengadu di sebuah pejabat di Kota Southkey, Johor Bahru pada pukul 12 tengah hari, 8 Oktober 2021.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Timbalan Pendakwa Raya, S. Thiviya meminta mahkamah memberikan jaminan sebanyak RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.

Walau bagaimanapun, peguam bela tertuduh, Jihad Syahida Nadia Zakaria dan Nurhazneena Zureen Mohamad Hanafiah memohon jumlah jaminan dikurangkan kerana tertuduh tidak bekerja.

“Selain itu, tertuduh juga masih menjalani rawatan di Hospital Sultan Ismail kerana mempunyai ‘schizophrenia with depression’,” katanya.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mabel Sheela turut menetapkan 21 Ogos ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya