KUALA LUMPUR: Orang Melayu tidak perlu takut pada DAP selepas rekod baik yang dicatatkan parti itu sepanjang pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebaliknya ketakutan yang timbul sebelum ini hanyalah naratif dimainkan pihak lawan untuk menarik undi Melayu khususnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. Malah, menurut Aminuddin, rekod pemerintahan PH sewaktu 2018 cemerlang dan tiada rasuah ketika bersama…