'Mat rempit' berlumba di Lekas, seorang maut   - Utusan Malaysia

‘Mat rempit’ berlumba di Lekas, seorang maut  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tular rakaman sekumpulan ‘mat rempit‘  melakukan pelbagai aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuhraya Kajang – Seremban (Lekas) sehingga terbabit kemalangan malam tadi dan menyebabkan seorang maut.

Berdasarkan video tular itu, sekumpulan ‘mat rempit’ mula melakukan aksi berbahaya termasuk `Superman’  pada  pukul 10 malam dan aksi-aksi tersebut dirakam kamera papan pemuka kereta yang melalui lebuh raya itu.

Akibat tindakan menunggang secara berbahaya itu, 10 motosikal terbabit kemalangan.

Dalam kejadian itu, difahamkan, seorang maut, manakala sembilan lagi mengalami kecederaan.

Utusan Malaysia difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN