Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran pagi tadi

Lelaki ditemukan rentung dalam kebakaran pagi tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemukan rentung selepas rumahnya di Lorong 6, Kampung Seri Puchong dekat sini, terbakar, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, satu panggilan kecemasan diterima Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor.

Pengarahnya, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, sepasukan anggota bersama lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong, BBP Cyberjaya dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati sebuah rumah di atas tanah lot terbakar dan operasi pemadaman segera digerakkan sebelum api berjaya dikawal pada pukul 3.11 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki berusia 37 tahun ditemukan rentung dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN