PETALING JAYA: Kerenah birokrasi dalam semua urusan dan perkara perlu dikurangkan jika kerajaan berhasrat meningkatkan ekonomi negara dengan menjadikan 30 ekonomi besar dunia dalam jangka sederhana sebagai sasaran. Ini kerana rintangan birokrasi yang terdapat di Malaysia bukan sahaja boleh menyekat rakyat sendiri, tetapi menyukarkan pelabur asing untuk bertapak lebih lama di negara ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pensyarah kanan Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob…










