Kerajaan teliti beri bantuan sementara buat pekebun kecil getah - Utusan Malaysia

Kerajaan teliti beri bantuan sementara buat pekebun kecil getah

ANWAR Ibrahim bergambar bersama hadirin pada Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, di Jempol hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Kerajaan akan meneliti bantuan sementara yang boleh diberikan kepada pekebun kecil getah termasuklah golongan peneroka yang mengusahakan tanaman itu yang kini berhadapan masalah dengan harga rendah komoditi berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan tidak akan berdiam diri dalam masalah yang dihadapi golongan terbabit dan Kementerian Kewangan akan meneliti perkara tersebut dengan menerima pandangan daripada agensi dan kementerian berkaitan.

“Musim hujan, musim tidak dapat menoreh getah, bagaimana nak cari jalan, semalam saya bermesyuarat, dapat pandangan daripada Felda, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Kementerian Perladangan dan Komoditi.

“Kita minta Kementerian Kewangan teliti semula bagaimana boleh kita bantu sementara penoreh getah yang hadapi masalah. dan percayalah, saya tidak berdiam diri, saya akan cari jalan untuk tambah lagi bantuan kepada pekebun kecil getah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Program Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol, Feldajaya Selatan Wilayah Raja Alias, di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. –UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN