Kerajaan Perpaduan selesai bahagi kerusi PRN -Anwar

Kerajaan Perpaduan selesai bahagi kerusi PRN -Anwar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pembahagian kerusi dimuktamadkan di semua enam negeri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.

Perdana Menteri berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan malam tadi.

“(Pembahagian kerusi) dimuktamadkan di semua negeri, ada satu dan dua negeri sahaja kita akan bincang dan hari ini selesai.

“Pengumuman calon dalam dua ke tiga hari lagi kita bagi tarikh,” katanya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Setakat ini, beliau berpuas hati dengan soal gerak kerja dan strategi dalam menghadapi PRN di enam negeri.

Katanya, kesemua parti kerajaan perpaduan juga bersetuju menggunakan tema berjudul ‘Perpaduan Demi Kestabilan dan Kemakmuran’ sebagai kempen pilihan raya manakala manifesto pilihan raya akan ditetapkan oleh pimpinan negeri masing-masing.

“Nampak semangat pendukung setia dapat dilonjakkan dan saya percaya berdasarkan laporan, kita bukan saja boleh bertahan di tiga negeri tapi nampak satu keyakinan untuk menawan beberapa negeri lain.

“Saya sangat terharu dan bangga dengan kenyataan daripada pimpinan menyatakan kesediaan mereka untuk terus memperkukuh dan mengelak desas-desus daripada golongan terdesak menggunakan sentimen perkauman yang sempit atau agama secara melulu serta jumud dan kemudian memberikan gambaran seolah-olah akan ada perubahan (kerajaan).

“Apa yang disebut di sini yang mewakili majoriti besar Ahli-Ahli Parlimen ialah tetap dengan pengukuhan Kerajaan Perpaduan sehingga selesai dan tamat selama lima tahun,” katanya.

Hari mengundi PRN di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan akan diadakan secara serentak pada 12 Ogos ini, dengan 29 Julai sebagai hari penamaan calon manakala hari mengundi awal ialah pada 8 Ogos ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya