Kementerian Kewangan nafi perkenal ‘Elaun Madani’

Kementerian Kewangan nafi perkenal ‘Elaun Madani’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan menafikan maklumat mengenai pemberian ‘Elaun Madani’ kepada seluruh kakitangan awam seperti yang tular dalam media sosial.

Kementerian itu berkata, maklumat tersebut adalah palsu dan meminta pengguna media sosial tidak menyebarkannya.

“Kementerian Kewangan menegaskan bahawa maklumat mengenai ‘Elaun Madani’ kepada semua kakitangan awam adalah palsu. 

“Berhati-hati dan jangan mudah terpedaya dengan berita-berita sebegini di media sosial,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Kementerian itu juga meminta supaya orang ramai mengikuti saluran yang sah untuk memastikan kesahihan maklumat disebarkan.

Berdasarkan maklumat yang disebarkan, kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya mewujudkan satu elaun baharu untuk meraikan kesamarataan semua negeri dengan pemberian ‘Elaun Madani’ sebanyak RM800 kepada semua kakitangan awam. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN