Kanak-kanak lelaki warga asing 4 tahun maut dilanggar pacuan

Kanak-kanak lelaki warga asing 4 tahun maut dilanggar pacuan empat roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak lelaki warga asing berusia empat tahun maut selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda di Jalan SS 9A/8, Sungai Way, dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kanak-kanak terbabit meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya ketika menerima rawatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima laporan kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan jenis Nissan X-Trail dengan kanak-kanak itu pada pada pukul 7.27 malam.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa kenderaan itu melalui tempat kejadian, tiba-tiba mangsa berlari melintas jalan.

“Pemandu kenderaan itu disyaki tidak sempat menekan brek dan terlanggar mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, pemandu kenderaan terbabit ditahan dan diberi jaminan polis selepas selesai siasatan.

“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987, orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian, diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan,” jelasnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN