Jalaluddin lancar Lima Aspirasi Pertang - Utusan Malaysia

Jalaluddin lancar Lima Aspirasi Pertang

JALALUDDIN Alias menunjukkan risalah Lima Aspirasi Pertang yang diperkenalkannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias melancarkan Lima Aspirasi Pertang merangkumi lima agenda gerak kerja sebagai panduan kepada beliau sekiranya terpilih sebagai wakil rakyat Pertang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-15 pada 12 Ogos ini.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menegaskan, aspirasi itu bukan manifesto berasingan daripada kerajaan Perpaduan yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Saya mahu lihat masyarakat dalam DUN Pertang mendapat pembelaan tanpa mengira fahaman politik, budaya dan agama.

“Saya cetuskan aspirasi ini untuk memberikan keyakinan kepada rakyat untuk memilih BN dalam PRN15 ini,” katanya.

Lima Aspirasi Pertang itu melibatkan memperkasa jaringan perkhidmatan internet, kemudahan air, elektrik dan jalan raya serta menaik taraf jalan-jalan ladang dan kebun kecil secara berperingkat bagi memaksimumkan pengeluaran hasil pertanian.

Turut disenaraikan dalam aspirasi berkenaan adalah bantuan peralatan dan pengurusan, sumbangan tunai perayaan kepada warga emas 70 tahun ke atas dan golongan asnaf serta jualan rakyat di kedai terpilih secara berkala.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya