KUALA LUMPUR: Grab Holdings Inc. dan dua anak syarikatnya berjaya mengetepikan cadangan denda RM86.77 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan semakan kehakiman syarikat terbabit. Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh memutuskan demikian selepas mendapati cadangan untuk mengenakan jumlah denda tersebut oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melanggar prosedur dan keadilan semula jadi. “Sehubungan itu, perintah certiorari untuk membatalkan keputusan yang dicadangkan (proposed decision) termasuk cadangan denda adalah dibenarkan. “Tiada sebarang perintah dibuat berhubung ganti rugi kerana pemohon (Grab Holdings) gagal menunjukkan bahawa MyCC mempunyai niat jahat dalam menerbitkan kenyataan media…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya