MPV mewah terbabas rempuh tiga kereta - Utusan Malaysia

MPV mewah terbabas rempuh tiga kereta

BAHAGIAN hadapan Toyota Alphard mengalami kerosakan selepas terbabas dan merempuh tiga kenderaan lain yang diparkir di bahu jalan di Jalan Merdeka, Melaka Raya, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tiga buah kereta yang diletakkan dalam petak parkir mengalami kerosakan teruk selepas dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di Jalan Merdeka, Melaka Raya di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, empat buah kenderaan terlibat iaitu sebuah Toyota Aplhard, Lexus, Honda City dan Perodua Myvi mengalami kerosakan pada bahagian hadapan, belakang, sisi kanan serta kiri namun tidak melibatkan kecederaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ketika kejadian Toyota Alphard sedang dalam perjalanan dari Banda Hilir menuju ke Hotel Hatten.

“MPV mewah itu kemudian hilang kawalan lalu terbabas ke bahagian kiri dan melanggar tiga kenderaan lain yang diletakkan di petak parkir. Ketika kejadian tiada pemandu dalam ketiga-tiga kenderaan tersebut.

“Setakat ini, pemandu Toyota Alphard dan pemilik Lexus masih belum membuat laporan polis. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×