Gerakan mahu pembentangan RUU 355 diteruskan - Utusan Malaysia

Gerakan mahu pembentangan RUU 355 diteruskan

MAK Kah Keong sewaktu berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di Seremban, semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Parti Gerakan mahu agenda pembentangan Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2021 atau RUU 355 diteruskan berikutan ia tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, jadi tiada alasan untuk untuk meminda RUU355 bagi memperkasakan mahkamah Syariah kerana ia hanya terpakai kepada orang Islam.

Kah Keong juga dalam pada itu berkata, tindakan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang cuba menakutkan pengundi bukan Islam berkaitan ‘gelombang hijau’ juga dilihat hanyalah untuk bermain dengan sentimen.

“Mereka main isu ini, kita bertenang, saya nak jawab dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyekat pembinaan kuil, tokong. 

“Dalam Islam tiada sekatan (beribadat bagi bukan Islam) tidak boleh serang atau roboh apatah lagi Malaysia negara yang aman damai,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Sebelum ini, Parti Gerakan mendakwa mereka memerlukan masa dan ruang untuk lebih memahami usul pindaan RUU 355 yang dibawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum memuktamadkan pendirian mengenai perkara itu.

Usul pindaan Akta 355 itu dibuat oleh Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada 24 November 2016 bertujuan memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Akta 355 yang sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Draf pindaan kepada akta berkenaan yang dirujuk sebagai RUU 355 bagaimanapun sudah diluluskan oleh Jabatan Peguam Negara pada 7 Oktober lepas.

Penggubalan semula Akta 355 hasil Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 2021 bakal menyeragamkan kuasa mahkamah syariah di Malaysia.

Dalam pada itu, jelas Kah Keong menegaskan, pembelajaran tulisan Jawi tidak bermakna ‘masuk Islam’ dan ia tidak perlu diperbesarkan atau dijadikan isu politik.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya