Calon BN DUN Jeram Padang terlibat kemalangan - Utusan Malaysia

Calon BN DUN Jeram Padang terlibat kemalangan

KEADAAN kenderaan dinaiki oleh Mohd. Zaidy yang terlibat kemalangan di Jalan Pasir Besar-Palong, Tampin pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Datuk Mohd. Zaidy Abdul Kadir dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pagi tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menerusi akaun Facebook memaklumkan perkara itu dan memberitahu kemalangan berlaku di Jalan Pasir Besar-Palong sekitar pukul 3.25 pagi tadi.

“Pemandu agak kritikal, mohon semua dapat doakan agar keduanya kembali sembuh dengan sempurna dan diangkat segala kesakitan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Anuwal Ab Wahab ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kejadian dan memberitahu kenyataan media akan dikeluarkan kemudian.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN