Calon bertanding PRN: Eddin Syazlee serah pucuk pimpinan tentukan - Utusan Malaysia

Calon bertanding PRN: Eddin Syazlee serah pucuk pimpinan tentukan

EDDIN Syazlee Shith ketika ditemui pemberita di Kuala Pilah hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Bekas Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith menyerahkan kepada pucuk kepemimpinan parti itu berhubung kedudukannya sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Bersatu Bahagian Kuala Pilah itu menambah, sebagai ‘orang parti’ apa juga keputusan atau ketetapan yang dibuat oleh kepemimpinan Bersatu dan Perikatan Nasional (PB), beliau akan tetap memberikan sokongan.

“Bertanding ini ditentukan pucuk kepemimpinan, tidak kira siapa pun. Sekarang ni Negeri Sembilan dipimpin oleh Timbalan Presiden parti saya, (Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu), kalau beliau (pucuk pimpinan) minta saya bertanding, saya akan mempertimbangkan untuk bertandinglah untuk parti.

“Sebagai orang parti, saya terima arahan sahaja, kalau beliau kata saya berehat, saya pertimbangkan untuk berehat tapi kalau tidak jadi wakil rakyat pun, kita tetap bersahabat,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Ketika ditanya sekiranya diberi peluang untuk bertanding, Eddin Syazlee memaklumkan lebih selesa untuk bertanding di kawasan yang memiliki majoriti pengundi Melayu seperti di Kuala Pilah. 

Bagaimanapun, beliau sekali lagi memberitahu akan menerima apa sahaja keputusan serta ketetapan pucuk kepemimpinan parti.

“Perkara yang menarik, kami tidak pernah ada simpan perasaan tidak puas hati atau pun berniat buruk untuk mencemarkan nama baik parti, sebagai orang parti saya akan turun sebagai ahli biasa, turun berkempen dan membantu parti mengikut kesesuaian waktu,” katanya lagi.

Bulan lalu, Eddin Syazlee diketepikan sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sembilan dan digantikan oleh Ahmad Faizal.

Eddin Syazlee sebelum ini merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah namun tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-15 tahun lalu di Parlimen itu dalam pertembungan lima penjuru.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya