KUALA LUMPUR: Setiap insiden termasuk kenyataan provokasi mana-mana individu terus disalurkan ke bilik gerakan Op Room Cantas yang berpusat di Bukit Aman untuk diambil tindakan segera. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kontinjen polis di enam negeri terlibat Pilihan Raya Negeri akan menyalurkan maklumat di lapangan serta visual dari rakaman dron secara real time atau masa sebenar. Menurut beliau, Op Room Cantas akan bertindak sebagai tempat pengumpulan maklumat…










