PETALING JAYA: Kerajaan wajar memperkenalkan polisi baharu yang membenarkan graduan dari luar negara dapat tinggal seketika bagi mencari pekerjaan dan menyumbang bakat kepada negara ini. Presiden Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Ros berkata, Singapura sudah melaksanakan perkara tersebut dengan menarik pekerja profesional dari luar negara untuk bekerja di negara itu. Katanya, polisi itu boleh diketengahkan bagi mengatasi masalah membawa pulang kumpulan pakar ke negara ini.…










