Bekas wartawan Utusan Malaysia, Wanti uzur dan perlukan

Bekas wartawan Utusan Malaysia, Wanti uzur dan perlukan bantuan

KEADAAN terkini Wanti yang uzur di rumah sewanya di Taman Kajang Utama, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas wartawan Utusan Malaysia, Wan Noor Hayati Wan Alias atau lebih dikenali sebagai Wanti kini dilaporkan dalam keuzuran yang serius di sebuah rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang akibat penyakit radang paru-paru. 

Menurut rakannya dalam satu kenyataan, Wanti memerlukan sedikit sumbangan bagi membolehkan beliau menyambung rawatan di hospital dan sumbangan itu boleh disampaikan ke akaun beliau sendiri. 

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun RHB Bank Wan Noor Hayati, 16260700052758, kongsi kenyataan itu.

Selain itu, dia juga memohon agar rakan-rakan yang mengenalinya mengadakan solat hajat bagi mendoakan kesembuhan dirinya dengan kadar segera. 

“Untuk makluman, beliau (Wanti) tidak mempunyai penjaga setakat ini dan terpaksa menguruskan kehidupan bersendirian. 

“Malah, dia juga ketiadaan pendapatan selepas terpaksa berhenti kerja sejak beberapa bulan lalu,” kongsi kenyataan itu. 

Justeru, bagi tujuan lawatan dan sumbangan, mereka yang mahu berbuat demikian boleh menghubungi rakannya terlebih dahulu iaitu Fathihah di talian 017-2878972. 

Selain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Wanti merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi serta bekas pemenang Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam kewartawanan Malaysia yang diberikan oleh Malaysian Press Institute. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN