Baiah kekal jadi dasar Pas

Baiah kekal jadi dasar Pas

HASHIM JASIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Baiah dan bersumpah dengan nama Allah SWT kekal menjadi dasar wajib Pas ke atas calon parti itu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan.

Bagaimanapun, baiah tersebut tidak lagi seberat seperti sumpah taklik cerai talak tiga bagi calon-calon parti berkenaan seperti dilaksanakan di Kelantan sebelum ini.

Antara kandungan baiah ituadalah sekiranya calon meninggalkan atau lompat ke parti lain dengan keredaan sendiri setelah dipilih menjadi calon atau terpilih sebagai ahli Dewan Ne­geri, Dewan Rakyat atau dilantik menjadi senator, maka dia akan dilaknat oleh Allah SWT, rasul serta orang beriman manakala wang elaunnya adalah haram.

Selain itu, calon juga perlu bersumpah meletak jawatan.

UBAH

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, dasar baiah bagi calon Pas mesti ada, cuma kepemimpinan akan mengubah atau menambah kandungan tertentu.

Beliau berkata, suasana sekarang sudah berbeza berbanding dahulu yang menyaksikan ahli parti pada ketika ini sangat setia dan walak kepada parti.

“Di Kelantan dahulu masa (Pilihan Raya Umum 2004), kita hanya berkelebihan satu kerusi yang memerlukan baiah seperti sumpah taklik cerai talak tiga itu. Sekarang situasi sudah berbeza.

“Baiah bagi calon-calon Pas kemungkinan sama di setiap negeri dalam PRN. Sekarang walak ahli Pas sangat hebat,” katanya.

Sebelum ini, Presi­den Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah memaklumkan bahawa berbaiah itu sebagai janji setia terhadap parti dan bersumpah dengan nama Allah SWT untuk tidak menyeleweng dan mengkhianati amanah.

CERAI

Baiah talak cerai talak tiga pernah dilaksanakan di Kelantan di ketika Pas berada dalam keadaan cukup genting selepas pilihan raya sehingga memaksa Menteri Besar ketika itu, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat memasukkan kandu­ngan sum­pah baiah yang boleh menggugurkan talak (tiga) ke atas isteri mereka (calon-calon Pas).

Malam tadi, Majlis Syura Ulama Pas bermesyuarat untuk meneliti 126 calon parti itu yang bakal bertanding di 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam PRN membabitkan enam negeri, bulan depan.

Syarat paling penting setiap calon mesti berakhlak mengikut landasan-landasan Islam yang sepatutnya.

Dalam perkembangan lain, Hashim berkata, keyakinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merampas Kedah dan Kelantan ibarat ­angan-angan.

Katanya, dalam suasana sekarang, momentum sokongan rakyat lebih memihak kepada Pe­­rikatan Nasional (PN).

“Apa pun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan kita yakin mampu mencapai kemenangan dalam PRN,” kata­nya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×