43 anak cemerlang warga Polis KL dirai, dinasihat tidak mendabik

43 anak cemerlang warga Polis KL dirai, dinasihat tidak mendabik dada

MOHD. Shuhaily Mohd. Nor bergambar bersama anak-anak polis kontinjen Kuala Lumpur yang cemerlang SPM 2022 pada Majlis Anak-Anak Cemerlang SPM 2022, di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak-anak warga Polis Diraja Malaysia yang memperoleh 11A hingga 5A dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) diingatkan untuk tidak mendabik dada dengan kejayaaan diperoleh kerana ia bukan penanda aras kejayaan hidup. 

Sebaliknya, kecemerlangan sebenar adalah sentiasa menghargai dan menyanjung tinggi pengorbanan ibu bapa mereka dengan kerjaya sebagai anggota dan pegawai polis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, pencapaian keputusan SPM merupakan satu kejayaan akademik, namun, dunia luar jauh  lebih mencabar daripada apa yang dicapai.

“Pencapaian hari ini bukan satu janji adik-adik akan berjaya terus, ini kejayaan akademik sahaja, malah, kejayaan kehidupan masih awal dan jauh. 

“Bagaimanapun, jangan sia-siakan keputusan cemerlang ini. Jangan berhenti dapatkan apa yang terbaik di dunia, capai cita-cita dan menjadi seorang yang disegani,” katanya ketika berucap dalam Majlis Anak-Anak Cemerlang SPM Polis Kuala Lumpur hari ini. 

Terdahulu, seramai 43 pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan atas pencapaian cemerlang dalam SPM untuk tahun 2022. 

Dalam pada itu, beliau mengingatkan untuk tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu bapa yang berjaya mencorak kejayaan mereka walaupun menghadapi kekangan sebagai anggota dan pegawai polis.

“Jangan mendabik dada dengan keputusan kerana kehidupan tidak berlandaskan ‘A’ yang anda dapat kerana yang berharga adalah hormati orang tua itulah ‘A’ yang anda bawa sehingga ke mati.

“Bagaimanapun, kejayaan dikecapi anak anak hari ini sudah tentu kejayaan seisi keluarga, saya tumpang gembira sebab saya berada salah seorang ahli keluarga besar polis KL,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN