4 individu rebut jawatan Presiden Gerakan

4 individu rebut jawatan Presiden Gerakan

DOMINIC LAU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Gerakan, Datuk Dominic Lau berdepan persaingan bagi mengekalkan jawatannya dalam parti tersebut selepas tiga individu turut mencalonkan diri merebut jawatan itu. 

Dominic dalam sidang medianya berkata, beliau yakin boleh mengekalkan jawatan tersebut selepas menerima sokongan padu daripada majoriti. 

“Setakat sekarang, saya menjangkakan mendapat sokongan dari 10 negeri untuk mengekalkan saya sebagai presiden parti ini,” jelasnya ringkas sebelum proses penamaan calon berlangsung. 

Tiga individu tersebut adalah Gan Peng Lam, Liang Teck Meng dan Lau Hoi Keong. 

Peng Lam yang merupakan calon Perikatan Nasional (PN) di Ayer Keroh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berkata beliau masih akan meneruskan kerjasama bersama PN sekiranya dipilih. 

“Dominic menetapkan untuk bekerjasama dengan PN, maka, dengan itu, sekiranya saya dipilih untuk menjadi presiden, saya akan teruskan kerjasama itu. 

“Tiada sebarang perubahan berkenaan kerjasama ini jika saya dipilih,” katanya ringkas ketika ditemui di Menara PGRM hari ini. 

Sementara itu, empat individu lain iaitu Kiew Hen Chong, V. Prabagaran, Oh Tong Keong dan Mak Kah Keong bersedia merebut jawatan timbalan presiden. 

Empat lagi individu merebut tiga tempat jawatan naib presiden dan 40 individu bersedia bertanding untuk 18 jawatan sebagai ahli jawatan kuasa pusat.

Ketika proses penamaan calon yang berlangsung hari ini, Pegawai Jawatankuasa Penyeliaan Pemilihan Nasional, Soo Kay Ping juga mengumumkan Chung Mon Sie sebagai Ketua Wanita Nasional yang baharu manakala Heng See Lin pula timbalannya. 

Kedua-dua wanita itu menang tanpa bertanding selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan tersebut.

Difahamkan, hari pemilihan dijangka berlangsung pada 15 Julai iaitu pada minggu hadapan sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya