PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah selesai mengambil keterangan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berhubung kenyataan beliau didakwa mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan Menteri Besar negeri itu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman merakam percakapan Menteri Besar itu di sebuah hotel di Bangsar, awal pagi tadi. Menurut beliau, pihak polis…