13 rumah di Serkat, Pekan Nanas dilanda banjir kilat - Utusan Malaysia

13 rumah di Serkat, Pekan Nanas dilanda banjir kilat

SEORANG anggota APM meninjau sebuah rumah yang dimasuki banjir kilat di Serkat, di Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN:  Sebanyak 13 buah rumah di Serkat dan Pekan Nanas, dekat sini dinaiki air berikutan hujan lebat dan air pasang, petang ini.

Lima kediaman di Kampung Serkat Laut dan masing-masing tiga dan dua buah rumah di Kampung Serkat Timur dan Kampung Tanjung Piai.

Turut terjejas akibat banjir kilat  berkenaan ialah tiga buah  rumah di Kampung Seri Bukit Panjang, Pekan Nanas.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Pontian memaklumkan, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)  digerakkan ke lokasi kejadian pada pukul 2.55 petang.

Air didapati memasuki rumah mangsa sehingga paras lutut, namun beransur surut tidak lama selepas itu.

“Secara keseluruhannya, situasi banjir di kawasan tersebut terkawal dan tiada pusat penempatan sementara (PPS) dibuka.

“Walau bagaimanapun, anggota APM akan terus membuat pemantauan di kampung berkenaan,” demikian menurut sekretariat berkenaan dalam satu kenyataan, di sini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN