Tugas Razarudin, Ayob Khan bermula hari ini

Tugas Razarudin, Ayob Khan bermula hari ini

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara baharu berkuat kuasa hari ini. 

Beliau menggantikan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang menamatkan perkhidmatannya selepas disambung secara kontrak pada 4 Oktober 2021. 

Majlis pemakaian pangkat serta watikah pelantikan itu disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Acryl Sani dan Razarudin serta penyerahan tongkat kuasa disaksikan oleh Saifuddin.

Turut diadakan, upacara serah terima tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di antara Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Seri Zaiton Mohd. Isa dengan Puan Seri Zainah Othman.

Dalam pada itu, turut berlangsung penyerahan watikah pelantikan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. 

Selain itu, berlangsung penyerahan dokumen Serah Terima Tugas Naib Pengerusi Perkep antara Zainah kepada Datin Seri Zalena Mohd. Ariffin.

Semalam, media melaporkan Saifuddin mengumumkan pelantikan secara kontrak selama dua tahun sehingga 22 Jun 2025, Razarudin sebagai Ketua Polis Negara ke-14 selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP). -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya