Suri rumah rempuh tiang HSA disaman, tiada lesen - Utusan Malaysia

Suri rumah rempuh tiang HSA disaman, tiada lesen

SEORANG suri rumah yang memandu tanpa lesen merempuh sebatang tiang bangunan di lobi utama HSA Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang suri rumah berusia 46 tahun gagal mengawal kereta dipandunya sehingga merempuh sebatang tiang di lobi utama Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10.25 pagi.

Selain kerosakan kereta jenis Proton Saga berwarna putih yang dipandu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

“Kemalangan itu berlaku di kawasan tempat menurunkan penumpang di pekarangan HSA.

“Siasatan awal mendapati, suri rumah tersebut tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya hilang kawalan semasa sedang membuat pusingan di kawasan hadapan pintu masuk utama.

“Akibat hilang kawalan, dia terbabas melanggar sebatang tiang bangunan. Tujuan datang ke hospital adalah untuk melawat anak yang sedang dirawat di hospital,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

“Semakan mendapati dia tidak mempunyai lesen memandu. Sehubungan itu, saman telah dikeluarkan kepada mangsa.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon memberitahu, suri rumah tersebut telah dibawa mendapat pemeriksaan kesihatan.

“Dia mengalami sedikit trauma tetapi tiada kecederaan fizikal lain,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN