Reman penolong akauntan Kesedar disambung disambung seminggu lagi

Reman penolong akauntan Kesedar disambung seminggu lagi

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Tempoh reman ke atas penolong akauntan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di sambung seminggu lagi bagi membantu siasatan berkait kes pecah amanah melibatkan agensi itu yang bernilai RM24.8 juta.

Bercakap kepada Utusan Malaysia Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, tempoh tersebut bagi membolehkan pihaknya melengkapkan kertas siasatan.

“Apabila semuanya sudah lengkap, proses pendakwaan di mahkamah akan dilakukan selepas ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sabtu lalu, media melaporkan seorang penolong akauntan Kesedar ditahan selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta sejak lapan tahun lalu.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pukul 12.21 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang susulan laporan polis diterima berkait salah laku oleh kakitangan Kesedar.

Tangkapan itu dibuat susulan kehilangan wang kerajaan yang diuruskan oleh Bahagian Kewangan Kesedar melalui Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan dari Disember 2016 hingga Mei 2023.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya