Pecah amanah : Polis Kelantan rekod keterangan sembilan kakitangan Kesedar

Pecah amanah : Polis Kelantan rekod keterangan sembilan kakitangan Kesedar

MUHAMAD Zaki Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Kelantan sudah mengambil keterangan sembilan individu yang juga kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dana sebanyak RM24.8 juta.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata, siasatan mendapati, identiti sembilan individu itu dipercayai digunakan oleh penolong akauntan Kesedar yang terlibat kes pecah amanah dana Kumpulan Wang Amanah dan Kumpulan Wang Pembangunan milik syarikat itu selama hampir tujuh tahun.

Menurutnya, kesemua individu itu diambil keterangan sebagai saksi untuk kes berkenaan dan sehingga kini tiada tangkapan lain dilakukan.

“Keterangan semua saksi kes berkenaan sudah direkodkan. Tiada tangkapan lain dijalankan selain suspek iaitu penolong akauntan Kesedar yang ditahan sebelum ini.

“Kita percaya suspek melakukan jenayah terbabit seorang diri,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, seorang penolong akauntan Kesedar dicekup pada Jumaat lalu selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta.

Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pukul 12.21 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, suspek dipercayai berselindung di sebalik identiti sembilan individu untuk menjalankan kegiatan terbabit.

“Saya sudah mengambil tindakan tegas dan saya tidak akan pernah berkompromi kerana ini adalah wang cukai rakyat sebaliknya digunakan suspek bagi kepentingan peribadi.

“Suspek akan dikenakan tindakan berdasarkan tata kelola sedia ada oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk digantung tugas,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.