Pulau Pinang milik Kedah: Keterangan Sanusi diambil esok - Utusan Malaysia

Pulau Pinang milik Kedah: Keterangan Sanusi diambil esok

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Keterangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diambil esok bagi siasatan berhubung kenyataannya mendakwa Pulau Pinang milik Kedah.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin berkata, rakaman keterangan itu akan dibuat selepas laporan diterima PDRM berhubung kes itu.

“Rakaman percakapan MB Kedah akan dibuat esok mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

“Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), D5 Bukit Aman mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan kes masih pada peringkat siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima empat laporan membabitkan Muhammad Sanusi berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah.

Sebelum ini, Pengerusi DAP Kebangsaan, Lim Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah itu yang disifatkannya sebagai tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya