TUMPAT: Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan semua sekolah di enam buah negeri sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk dijadikan sebagai pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.
Menterinya, persediaan itu turut merangkumi kerjasama KPM dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagaimana yang dilakukan setiap kali pilihan raya berlangsung di negara ini.
“Kita sentiasa bersiap siaga dan keadaan sekolah pun sama. Untuk situasi ini, KPM sudah biasa membuat persiapan sama ada PRU atau PRN.
“Oleh itu, KPM tidak mempunyai masalah untuk perkara itu dan kerjasama dengan SPR seperti biasa,” katanya selepas merasmikan Sekolah Komprehensif K9 di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Beluru, di sini, hari ini.
Media semalam melaporkan, PRN di enam negeri sudah bermula dengan pembubaran dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Kelantan dan Negeri Sembilan yang sudah diumumkan.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan pembubaran DUN adalah pada 22 Jun manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan, DUN akan dibubarkan 30 Jun ini.-UTUSAN










