SHAH ALAM: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini dengan kekuatan jentera sekurang-kurangnya 200,000 orang secara keseluruhan. Kekuatan tersebut dinilai menerusi keanggotaan parti dan pemuda di setiap 22 bahagian masing-masing sekitar 8,000 hingga 12,000 orang untuk digerakkan bersama jentera Pakatan Harapan (PH). Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd. Imran Tamrin, berkata, pasukannya merangka kerjasama strategik bersama PH untuk bergerak secara bersama bagi menggempur keseluruhan…