PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kematian seorang suspek kes pengubahan wang haram pada 15 Jun lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tahanan tersebut meninggal dunia di hospital selepas didapati sakit ketika dalam tahanan.
“Saya dah katakan sebelum ini biar pihak polis jalankan siasatan dan maklumkan sebab-sebab kematian,” katanya selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Pemerhati Rasuah Malaysia di Universiti Putra Malaysia, Serdang hari ini.
Kelmarin, Utusan Online melaporkan seorang daripada tiga suspek ditahan SPRM untuk disiasat berkaitan perlombongan haram di Pahang meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.
Azam dilapor berkata, pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan itu akan memberikan keterangan kepada polis berhubung kejadian tersebut.
“SPRM telah menyerahkan semua rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi memudahkan siasatan polis,” ujarnya.
Difahamkan tiga termasuk penjawat awam ditahan SPRM kerana disyaki terlibat dalam kegiatan perlombongan haram serta pengubahan wang haram berjumlah kira-kira RM1.8 juta di Raub, Pahang.- UTUSAN