PH, BN Negeri Sembilan tubuh jawatankuasa khas bincang manifesto, gerak kerja PRN - Utusan Malaysia

PH, BN Negeri Sembilan tubuh jawatankuasa khas bincang manifesto, gerak kerja PRN

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar di Wisma Negeri di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH)dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan menubuhkan jawatankuasa khas untuk membincangkan manifesto dan penyelarasan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu juga bagi merangka gerak kerja PRN bagi memastikan Negeri Sembilan dapat mengekalkan kemenangan bagi Kerajaan Perpaduan.

Aminuddin menjelaskan, beliau bersama kepemimpinan PH Negeri Sembilan dan BN yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Jalaluddin Alias telah mengadakan Mesyuarat Parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan bagi mencapai kesepakatan untuk mendepani PRN akan datang. 

“Pertemuan ini bagi memastikan kerjasama di peringkat bawahan dapat dilaksanakan selain penyelarasan jentera PRN secara bersama.

“Jawatankuasa lhas itu akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat, selain itu turut dibincangkan mengenai manifesto bagi pilihan raya ini,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau juga berharap agenda Kerajaan Perpaduan di bawah gagasan Malaysia Madani dapat diteruskan oleh kerajaan negeri pada masa akan datang.

Terdahulu, pada sidang akhbar berkenaan, Aminuddin yang juga Menteri Besar mengumumkan DUN Negeri Sembilan akan dibubarkan pada 1 Julai ini bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu, PH memenangi 20 kerusi DUN daripada 36 kerusi sekali gus membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

BN pula memenangi baki kerusi DUN iaitu ebanyak 16 kerusi.

Selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang bakal berdepan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya