Pelajar IPTA bakal terima manfaat e-kredit tiket penerbangan - Utusan Malaysia

Pelajar IPTA bakal terima manfaat e-kredit tiket penerbangan

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sistem e-kredit tiket penerbangan akan diperkenalkan pada Ogos ini bagi memudahkan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) pulang ke kampung semasa musim perayaan dan cuti semester.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ketika ini sistem berkenaan sedang dibangunkan kerana ia memerlukan langkah integrasi bersama syarikat penerbangan terlibat terlebih dahulu.

Menurut  beliau, pihaknya merancang satu insentif untuk memberikan bantuan tiket penerbangan kepada pelajar IPTA dari Sabah dan Sarawak yang belajar di Semenanjung dan sebaliknya.

“Mereka akan menerima satu bentuk e-kredit yang akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing untuk pembelian tiket kapal terbang dan jika syarikat penerbangan ada menawarkan diskaun, ia juga lebih berbaloi.

“Walaupun jumlahnya bukan banyak, tetapi bantuan itu  satu langkah permulaan untuk meringankan beban pelajar untuk pulang ke kampung semasa perayaan dan cuti semester,” katanya kepada pemberita selepas 

melancarkan laluan penerbangan baharu syarikat penerbangan tambang murah MyAirlines ke Bangkok, Thailand di sini hari ini.

Anthony berkata, kira-kira 50,000 pelajar IPTA terutamanya dalam keluarga B40 bakal menikmati manfaat tersebut sekali gus membolehkan mereka membeli tiket penerbangan dengan harga lebih berpatutan.

 

Sementara itu,  ditanya mengenai jumlah e-kredit bakal ditawarkan kepada pelajar IPTA, beliau berkata, pihaknya masih membuat perancangan berhubung perkara itu dan akan mengumumkannya kelak.

“Ia ada melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan, tetapi inisiatif itu kita boleh buat sebab ada simpanan dalaman daripada Kementerian Pengangkutan.

“Ada satu perbelanjaan yang kita tidak perlu belanja tahun ini dan dapat pindahkannya untuk inisiatif berkenaan selain menerima dana daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya