Pecah masuk kedai larikan duit syiling, dua bilah pisau

Pecah masuk kedai larikan duit syiling, dua bilah pisau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki diberkas penduduk kampung selepas memecah masuk sebuah kedai menjual barangan basah dan runcit dengan melarikan duit syiling serta dua bilah pisau pemotong daging di Kampung Kubang Tin, Peringat di sini kelmarin.

Suspek berusia lewat 20-an itu memecah masuk kedai tersebut kira-kira pukul 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, semasa kejadian suspek yang telah datang secara berseorangan telah masuk ke dalam premis berkenaan.

Menurutnya, pemilik kedai yang menyedari kejadian itu telah berjaya menangkap suspek dengan bantuan penduduk kampung dan kemudian telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Siasatan polis mendapati suspek telah masuk ke dalam kedai berkenaan dengan cara mengumpil pintu jeriji besi dibahagian hadapan kedai dan telah mencuri sejumlah wang syiling serta dua bilah pisau pemotong daging. 

“Hasil semakan mendapati, suspek positif dadah dan mempunyai beberapa rekod kesalahan lampau, selain dikehendaki oleh polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, suspek telah direman selama tujuh hari bagi memabantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.