Mahkamah Perancis putuskan 'Partial Award' kumpulan mendakwa

Mahkamah Perancis putuskan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa waris Sulu esok

PASUKAN kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia menuju ke Kampung Tanduo dalam pertempuran di antara pihak mereka dan pengganas Sulu pada 2013. -Gambar Ihsan Kementerian Pertahanan Malaysia
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mahkamah Perancis akan memutuskan esok sama ada sebahagian penganugerahan dituntut oleh kumpulan Sulu terhadap Malaysia bakal dikuatkuasakan.

Sekretariat Khas Tuntutan Sulu dalam kenyataan berkata, Malaysia akan terus mengambil segala langkah aktif bagi mengukuhkan lagi imuniti kedaulatannya.

Kata kenyataan itu, soal tersebut termasuk melibatkan semua pihak berkepentingan dalam usahanya memastikan timbang tara dihormati di peringkat antarabangsa berhubung tuntutan kumpulan yang mendakwa waris kepada Sultan Sulu.

Sekretariat berkata, ini termasuk mengambil tindakan terhadap mana-mana rakyat Malaysia yang didapati memberikan sokongan material, secara langsung atau tidak langsung kepada pihak yang menuntut atau kepada mana-mana pihak bersekutu dalam timbang tara terhadap Malaysia.

“Kerajaan Malaysia tidak akan teragak-agak untuk membela mana-mana pegawai awam Malaysia yang melaksanakan tugas mereka dengan betul, termasuk peguam negara, dalam hal ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada 3 Jun, kerajaan menafikan sepenuhnya dan tanpa had segala dakwaan dalam surat dihantar oleh Paul H Cohen, peguam kepada pihak mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II (penuntut kumpulan Sulu), kepada Jabatan Peguam Negara.

Surat bertarikh 28 Mei itu diterima Jabatan Peguam Negara pada hari berikutnya.

Menurut jabatan tersebut, surat itu menuntut kerajaan membuat bayaran segera sebelum 2 Jun 2023 bagi award final yang dikatakan berjumlah AS$16.412 bilion (termasuk 10 peratus faedah) bersama AS$3,502,394.24 bagi bayaran peguam dan ahli pakar serta AS$4,026,592.64 bagi kos timbang tara.

Memandangkan prosiding perundangan masih berjalan, Jabatan Peguam Negara berkata, adalah melampau bagi penuntut membuat tuntutan bayaran bagi award final yang dikatakan itu.

Jelas jabatan itu, semua dakwaan Cohen dalam surat itu sama sekali tidak benar dan jelas mengetepikan fakta sebenar tuntutan (oleh penuntut) yang tidak dapat disangkal lagi akan mewujudkan rekod bertulis bagi perkara yang tidak benar, bertujuan untuk digunakan terhadap Malaysia. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya