Lelaki warga asing cium pipi remaja lelaki ditahan - Utusan Malaysia

Lelaki warga asing cium pipi remaja lelaki ditahan

Polis Diraja Malaysia (PDRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing yang meraba punggung dan mencium pipi seorang remaja lelaki di sebuah pusat beli-belah di Cheras menerima padah apabila dia ditahan polis.

Penahanan itu dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada mangsa semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, siasatan mendapati remaja lelaki berusia 15 tahun ke tandas pusat beli belah berkenaan dan sedang mengikat tali kasut.

“Secara tiba-tiba suspek memeluknya dari arah belakang dan meraba badan selain memegang punggung dan mencium pipinya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian bertindak keluar dari tandas dan suspek mengikut mangsa dari arah belakang menyebabkan mangsa berlari ke arah ibunya.

“Susulan laporan polis yang dibuat mangsa, polis berjaya menahan suspek lelaki warganegara asing. Suspek kini ditahan reman selama lima hari sehingga Jumaat ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta 792 dan Akta Kesalahan-kesalahan seksual terhadap Kanak-kanak 2017,”katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya