Lebih 4,000 penjawat awam salah guna, menagih dadah 

Lebih 4,000 penjawat awam salah guna, menagih dadah 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 4,282 penjawat awam disabitkan kesalahan menyalah guna dan menagih dadah.  

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rekod itu didapati sepanjang tempoh lima tahun sejak 2018 sehingga 2022.

“Seramai 983 orang penjawat awam disabitkan menyalah guna dan menagih dadah pada tahun 2022; 1,146 orang pada tahun 2021; 724 orang pada tahun 2020; 468 orang pada tahun 2019 dan 961 orang pada tahun 2018,” katanya dalam jawapan bertulis d alam sidang Dewan Rakyat semalam. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ronald Kiandee [PN-Beluran] yang meminta kerajaan menyatakan bilangan penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah sejak lima tahun lalu. 

Beliau juga mahu mengetahui langkah berterusan yang sedang dan akan diambil untuk mengurangkan gejala dadah dalam kalangan penjawat awam. 

Bagaimanapun, kata Saifuddin, kerajaan sentiasa komited dalam membanteras gejala penagihan dadah dengan melaksana pelbagai program pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan. 

“Antara usaha yang dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) adalah menjalin kolaborasi dengan majikan untuk melaksana program pendidikan pencegahan di tempat kerja bagi sektor awam dan swasta melalui Program Tempat Kerja Bebas Dadah (Tekad). 

“Pada 2022, sebanyak 28 program Tekad telah dilaksana di jabatan- jabatan kerajaan di seluruh negara. Program ini bertujuan mewujudkan kawasan dan persekitaran kerja yang menyokong kepada pembudayaan kerja berintegriti,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN