Lagi pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Pahang - Utusan Malaysia

Lagi pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang pegawai Imigresen Pahang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi kerana disyaki meminta dan menerima rasuah daripada pemilik pusat hiburan, pusat urut, pemilik kebun dan pemilik kilang kayu di sekitar daerah kawalannya.

Pegawai imigresen berusia 37 tahun itu disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan antara RM300 sehingga RM3, 000.

Satu sumber mendedahkan suspek dianggarkan menerima lebih daripada RM500,000 sejak tahun 2018 sehingga 2022.

“Bayaran rasuah ini adalah bagi melindungi pekerja-pekerja mereka daripada diganggu oleh imigresen atas kesalahan tidak mempunyai permit kerja yang sah,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pahang, Hairuzam Mohmad Amin@Hamim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tetapi enggan mengulas lanjut.

Kata beliau, siasatan dijalankan dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya