Kerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok

Kerajaan tidak membenarkan sistem beraja diperolok

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan tidak akan membenarkan sistem beraja diperolok dan diganggu gugat atas nama kebebasan, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan akan mempertahankan dengan memastikan tindakan yang setimpal akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba mengancam sistem beraja dan keluhuran Perlembagaan.

Jelasnya, raja laksana pohon dan tentunya institusi ini mesti tersemat dipelihara dengan baik

“Sesuai dengan bidalan Melayu bahawa ‘biar patah dayung di tangan, dengan jari ku kayuh jua,’” katanya dalam perutusan sembah tahniah dan selamat pada Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Anwar kemudian mewakili Jemaah Menteri dan seluruh rakyat Malaysia, menzahirkan sekalung penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sejak bersemayam di atas takhta dalam menzahirkan sikap keprihatinan yang tinggi.

“Semoga Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta seluruh kerabat sentiasa dilindungi dan dilimpahi taufik dan hidayah oleh Allah Subhaanahu Wa Ta’ala, dipanjangkan umur, diberkati dengan kesihatan dan sejahtera selalu.

“Moga Tuanku berdua terus kekal karar bersemayam di takhta singgah sana pemerintahan dengan kedaulatan, dilimpahi dengan segala kehormatan serta kebesaran dan sentiasa dalam perlindungan Allah Subhaanahu Wa Ta’ala jua,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya