Kelindan lori diugut, ditampar ketika minta bayaran motosikal

Kelindan lori diugut, ditampar ketika minta bayaran motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang kelindan lori bersama rakannya ke rumah seorang lelaki bagi mendapatkan bayaran pembelian motosikal miliknya di Kampung Fajar, Taman Melawati pada 11 Jun lalu bertukar cemas apabila diugut dengan parang dan ditampar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, lelaki berusia 22 tahun itu bersama rakannya ke rumah suspek untuk menuntut bayaran jual beli motosikal berjumlah RM1,400.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, ketika tiba di rumah, suspek dan seorang lagi lelaki datang menengking mangsa serta rakannya.

“Lalu, suspek dan seorang lagi lelaki mengambil parang dan hendak menetak kepala mangsa tetapi sempat dihalang oleh rakannya.

“Kedua-dua lelaki itu terus menampar pipi mangsa di mana motif kejadian adalah kerana suspek tidak membayar nilai pembelian motosikal seperti dijanjikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, susulan laporan yang diterima itu, sepasukan polis membuat tangkapan terhadap dua lelaki berusia 34 tahun dan 20 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori serta penganggur pukul pada 2.10 petang semalam.

Kata beliau, kedua-dua suspek didapati mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan dadah dan jenayah.

“Keputusan ujian saringan awal air kencing juga bebas dari pengambilan dadah.

“Permohonan reman dibuat dan dibenarkan untuk direman selama dua hari bermula hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan ugutan jenayah yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya