Kelantan bakal terima RM1.7 bilion untuk selesaikan masalah air

Kelantan bakal terima RM1.7 bilion untuk selesai masalah air

kelantan
MOHD. Amar Nik Abdullah (kiri) menyerahkan geran hak milik tanah kepada penduduk di Felda Chiku 2, Gua Musang, Kelantan hari ini.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebanyak RM1.7 bilion ringgit bakal diterima Kelantan dari Kerajaan Pusat bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air yang sudah membelenggu rakyat negeri itu sejak puluhan tahun lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, peruntukan itu hasi pertemuan Kerajaan negeri dengan Perdana Menteri menerusi pembentukan satu jawatankuasa khusus daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

“Alhamdulillah dua hari lepas jawatankuasa ini sudah bermesyuarat. Setakat ini kelulusan awalnya kalau saya boleh maklum ialah sebanyak RM1.7 billion yang akan diterima Kelantan.

“Sebelum ini kita minta sebanyak RM8 billion tetapi Perdana Menteri mahu perhalusi angka berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Hak Milik Tanah Jajahan Gua Musang, di Felda Chiku 2 di sini, hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, permohonan awal Kelantan untuk RM8 bilion bagi menyelesaikan isu air di negeri itu ditolak kerana kerajaan perlu meneliti secara tepat keperluannya.

Katanya, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum perbelanjaan itu dibenarkan.

Ujarnya, masalah air perlu mempunyai langkah awal dan kerajaan sedia memperuntukan dana untuk projek jangka sederhana dan panjang itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya