KUBANG PASU: Tempahan lembu untuk ibadah korban pada tahun ini menurun kira-kira 20 peratus berbanding tahun lepas ekoran kurang permintaan dalam kalangan umat Islam. Seorang penternak yang juga Pengarah Urusan Fatimah MZ Agro Farm Sdn. Bhd., Zainol Abidin Mohamad, 65, berkata, hanya 110 daripada 300 ekor lembu yang disediakan bagi tujuan itu terjual setakat ini. “Berbanding tahun lepas kita jual 200 ekor lembu, mungkin situasi ini disebabkan oleh ekonomi rakyat…









