Ibu tunggal, dua anak huni rumah usang

Ibu tunggal, dua anak huni rumah usang

SURIANI Zakaria bersama anak bongsunya, Syafani Syafina Mokhtar di rumahnya di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang ibu tunggal bersama dua anak masing-masing berusia empat dan lapan tahun terpaksa menghuni sebuah rumah pusaka yang uzur dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi akibat kesempitan hidup.

Suriani Zakaria, 27, yang kematian suami sejak setahun lalu hanya mengambil upah mengasuh anak kepada seorang penduduk kampung dengan bayaran sebanyak RM300 sebulan.

Wanita itu berkata, sebelum ini dia bekerja sebagai pembantu kedai dan terpaksa berhenti selepas memikirkan dua anaknya yang masih kecil dan memerlukan penjagaan.

“Saya menjaga anak jiran yang berusia dua tahun bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. Pada masa sama, dapatlah saya memberi perhatian kepada anak yang berusia empat tahun itu.

“Arwah suami, Mokhtar Awang Ali meninggal dunia pada Jun tahun lalu akibat serangan jantung,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kampung Kajang Sebidang, di sini semalam.

Suraini memberitahu, bagaimanapun dia turut lega apabila menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300.

Katanya, wang tersebut dapat digunakan untuk membesarkan dua anak yang masih kecil.

“Niat nak baiki rumah memang ada, tapi saya terpaksa simpan hasrat itu kerana tidak mampu.

“Wang ada ada hanya mampu digunakan untuk membayar upah tukang rumah bagi kerja-kerja menukar zink atau lantai dan dinding yang reput akibat dimakan anai-anai,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN